Want your
own Fotopage?
















 
Dayu's Design - Perkhidmatan Inai Pengantin
Inai Pengantin, Inai Bersanding, Henna, Mehndi, Mehendi, Body Art, Tattoo, Bridal Henna
By: Dayu D Henna Artist

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]
Saturday, 13-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Girliey's Nite @ Gazebo ::.

Me, Fisya & Long Lost pal, Jija~!
D'3 Gorgeous Stunning Ladies: Fisya, Jija & Roza

wah, lama nyer tak pergi gazebo... dulu slalu sangat. (2/3tahun lepas) sebab rumah dekat jer kat subang.. skrang nie teh tarik pun susah nak jumpa kat ireland nie.. hehe Selamat Hari Raya k... Rindu roti Canai lah!! Fri 18-Nov-2005 10:48
Posted by:izad_iskandar  - [Link]
Add comment


Tuesday, 14-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
JouRney to CommunicAsia, Singapore

My Pet Sis, Just arrived from London to Malaysia.
@ CommunicAsia.... wif Sarah
My Pet Sis with his BF
View all 6 photos...

cam knal jek...salmi nur ain kan?... Thu 31-May-2007 17:44
Posted by:syedila
YUp2.. Syedila.. u're rite.. Kenal ker dia? What's ur fotopages url eks? Keep in touch~! Wed 6-Jun-2007 06:13
Posted by:Dayu's Design bridalhenna@gmail.com  - [Link]
salmi nur ain mohd hilmey? Fri 22-Jun-2007 04:53
Posted by:nobody
Add comment


Wednesday, 1-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Teater Zeni - Kuterpejam Seketika Mengalir Selamanya~! ::.

Tepuk Penamat...
Barisan Pendokong Watak...
Mungkin kerana penat atau mungkin kerana berat.... yang membuatkan daku terpejam seketika.. mujur tiada dengkuran yang bergema. Tapi hakikatnya, ia sebuah kisah dari novel yang hebat dan berat dengan "falsafah".

Hakikatnya daku terhibur dengan gerak tari dan lagunya... namun tidak dapat menandingi Teater Ronggeng Rokiah... Syabas kuhulurkan kerana berjaya mentafsirkan naskhah 'Zeni' ke pentas hanya dengan mempertaruhkan set berupa sususan flatform, pagar, tangga dan pentas yang mewakili rumah sakit lumpuh, ruang tamu, taman ada kolam dan galeri lukisan apa lagi menyediakan pemuzik secara lansung yang diharap dapat memenuhi selera beberapa golongan penonton dan peminat teater yang baru berjinak-jinak dengan teater.

Agak memeranjatkan juga, dalam 'Zeni' pengarahnya, Kamarul AR tidak menggunakan sebarang efek (Kesan bunyi, misalnya keriuhan kereta) dan juga penyataan tempat berlakunya babak-babak yang berkenaan. Mungkin ini satu kelainan yang cuba diketengahkan oleh Kamarul AR melalui 'Zeni'.

Apapun Kamarul AR, agaknya akan merasa lebih lega dan selesa sekiranya watak Ehran (Yus Waisar) dan Zeni (Zila Bakarin) menjadi masak, berjiwa dan berintonasi umpama bertingkah dan bersilat menurut garapan watak yang sebenarnya.

Dipertengahan kisah, tanpa kusedari air mata mengalir tanpa dipinta... Syahdu melihat Dinda Zeni yang hanya bergerak menggunakan kerusi roda.. dia menangis.. aku jua turut menangis. Mungkin imbauan memori Arwah Mama berkerusi seketika... membuatkan aku mengalirkan air mata kerinduan. Sebuat kerinduan yang mendalam..... tenggelam....

Satu perkara lagi, kadang-kadang sistem audio dan teknikal penyampaian suara (Mike ketika menyanyi) tidak menyebelahi perlakon terutama ketika Zeni merintih melalui nyanyian meluahkan perasaan hatinya.

Syabas! kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan HIDAYAH kerana memulakan langkah yang sepatutnya mementaskan 'Zeni'. Kita tidak akan dapat memuaskan selera setiap penonton, tetapi kalau ada seorang dua daripada seratus orang penonton tidak mahu menghayati kisah yang ditonjolkan, kita tidak boleh berbuat apa-apa, walaupun masuk menonton percuma tanpa dikenakan tiket. Mungkin mereka yang sudah terlibat dengan dunia teater akan memaham dan menghormati...?


--------~~~~~*******~~~~~--------------~~~~~*******--------

.:Tarikh - 24-26 Mac 2005
.:Lokasi - Dewan Sivik, P.Jaya
.:Waktu - 8.30mlm - 10.30mlm

:: SiNoPSiS ::

Zeni oleh Abdul Aziz HM berdasarkan novel Sasterawan Negara A Samad Said berjudul Daerah Zeni yang menyogok soal-soal perjuangan, suratan, derita dan konflik keluarga, sekaligus dapat ditimbulkan watak seorang ayah dan perjuang kemerdekaan negara. Bagaimanapun pengisian dan erti kemerdekaan turut diberi perhatian.

Antara pelakon-pelakon adalah Zila Bakarin, Baharuddin Haji Omar, Noor Khiriah, Yusree Sarijan, Roslan Muhammad dan Maz Aida. Teater ini diarahkan oleh Kamarul A R.

Care to comment?


Sunday, 29-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Teater SeL 62 - Best Tahap Dewa~! ::.

Corrie Lee..... sbg Man Komando, Banduan paling Brutal!
Si Din Checker buat lawak sampai tergelak Adam dengan gelagatnya
Ganaszzz kan? Ketika menceritakan kisah hidupnya.
View all 6 photos...
Mesti ada insan yang tak percaya yang daku tiada jemunya mengunjungi Muzium Alam Shah di Shah Alam sebanyak dua malam berturut-turut. Semalam sebenar-benarnya daku dan para sahabatku telah tersesat-sesat mencari lokasi pementasan ini.. Kami pada mulanya ke Auditorium MBSA dan terpaksa menapak kembali mencari haluan ke Auditorium Muzium Alam Shah.

Memang terlalu menghiburkan dan sambutannya begitu menghangatkan. Mungkin kerana teater ini masuknya percuma dan juga mungkin kerana jalan kisahnya. Kalau nak disuruh kumemberikan penilaian.. pastinya daku laungkan 5 Bintang kerana jalan ceritanya begitu menyayat hati... mempamerkan perasaan & jiwa setiap banduan yang pelbagai ragam itu.

Pelbagai isu yang dikupas dalam pementasan ini... mereka bercakap mengenai kehidupan, mengenai masa akan datang, mengenai kebebasan, mengenai kemerdekaan, mengenai kekeluargaan. Jikalau dihayati maksud yang tersirat, banyak yang dapat dipelajari dan boleh diambil ikhtibar bersama. Gelak-gelak jugak.. tapi bermesej.

Latar pentas membangkitkan suasana bagaikan berada di kandang besi. Kelemasan dan tersepit tanpa kebebasan. Bertingkat-tingkat & tak ubah seperti Penjara Pudu yang pernah kulewati pada tahun 1997... Kostumnya walaupun tidak bergemelapan.. tampak biasa tapi bisa mendokong peranannya. Susunan Propsnya tertib dan setiap prop seperti tilam, bantal & lain-lain digunakan sebaik mungkin oleh para pelakon. Tiada satu pun yang terbiar tersadai tanpa sentuhan. Memang Best dan inilah 1st time daku tengok wayang tanpa tertidur sepanjang malam yang berturut². Syabas pada Kumpulan Teater RESAM~!


--------~~~~~*******~~~~~--------------~~~~~*******--------

.:Tarikh - 27,28, 29 & 30 Mei 2005
.:Lokasi - Muzium Alam Shah, Shah Alam
.:Waktu - 8.30mlm - 10.30mlm

Care to comment?


Saturday, 28-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Teater SeL 62 - Best~! ::.

Joe, Man Komando, Dollah Mamak di tingkat atas
Props yang disusun teratur...
Makan Nasi Dalam Bekas yg ada partition.
View all 6 photos...
Karya : Tuan Zalkapli Rejab
Arahan : Khusiary Mahayuddin


Mereka banduan dan mereka manusia, maka mereka nampak serupa. Namun mereka berbeza tindakan, alasan, dorongan, kepercayaan dan pandangan tentang kehidupan. Man Tikus atau Iman Bin Hj. Solehin telah empat kali dihukum penjara. Dia bukan penjenayah tegar tetapi hanya seorang kuturayau yang dalam pelarian daripada jelmaan perasaan bersalahnya terhadap Mira. Ia berbeza dari orang lain kerana ia dianggap gila dan merasa lebih selesa menjalani kehidupan di dalam penjara. Ia juga berbeza kerana ia kuturayau yang berharta, intelektual, berhati mulia dan mempunyai isteri yang profesional dan setia.

Adam, anak muda yang mempunyai prinsip hidup yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, tidak terlibat dengan gejala sosial yang negatif, tetapi takdirnya ia juga seorang banduan yang menghuni Sel 62. Joe, Man Komando dan Dollah Mamak, menganggap penjara yang mewakili adapt, peraturan dan undang-undang masyarakat yang terlalu mengikat. Mereka mahu bebas walaupun terpaksa membayar kebebasan tersebut dengan harga yang sangat tinggi. Inspektor Melisa mendokong matlamat murni kerjayanya, membantu meringankan beban masalah para banduan. Ia percaya kepada kebaikan dan kebajikan, tetapi terkecewa kerana perbuatan baiknya tidak menghasilkan balasan yang setimpal.

Hakikatnya, untung baik dan untung jahat adalah ketentuan Tuhan. Begitu juga realitinya, tidak semua banduan itu jahat dan tidak semua mereka yang hidup bebas di luar penjara itu baik. Di tengah-tengah ribuan mereka yang bersalah melanggarkan undang-undang Negara, terdapat mereka yang baik dan tidak bersalah dari segi moral atau sebaliknya – bersalah dari segi moral tetapi tidak bersalah dari segi undang-undang.

Sel 62 menyentuh realiti kehidupan mereka yang dikenali sebagai banduan bertujuan untuk membebaskan pemikiran masyarakat dari terus terikat dengan stigma sosial dan pandangan yang jarang seimbang terhadap banduan.

Tontonilah SEL 62 secara percuma. Apa yang kita tidak ketahui tentang kisah hidup banduan dalam penjara akan kita ketahui jua. Luahan rasa seorang banduan dapat difahami. Hidup mereka terjaga di dalam, tidak seperti di luar banyak dugaan.

posted by pentas rasa pentasrasa@yahoo.com

lovely Tue 31-May-2005 08:37
Posted by:~farah~  - [Link]
tingin nak tgk teater... Wed 10-Jan-2007 18:24
Posted by:paliy inc fadlybahtiar@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 21-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.: Actorlympics - Tipah Tertipu~! :.

Amani giving virtual birth...
Mr Phua chu Kang Clone
Jit Murah wif Ida Nerina
I felt so frustrated coz my beloved Witty Celebrity wasn't performing that nite... I've spent my money buying the RM45.00 just to see him life on stage... face to face... wanna see his cute chubby face. Sure you can guess who rite.... However.. luckily this show was good enough to cure my broken heart with a hillarious laughter...

--------------~~~~~*******~~~~~--------------~~~~~*******--------------~~~~~*******--------------~~~~~*******-----------

Venue: Actors Studio Bangsar, The
Level 3, New Wing, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, Bukit Bandar Raya, 59000, Kuala Lumpur
Date & Time: Wed 18 - Sun 22, May 2005 (Wed - Sat: 8.30 pm; Sun 3 pm matinee)
Tickets: RM45 / RM40 / RM25 (students)
Ticket Contact: The Actors Studio Box Office
Telephone: 603-2094 0400 / 603-2094 1400
Synopsis: Theatresports (a series of dramatic excercises, typically comedic and of Canadian or British origin, used in drama groups to build improvisational, language and physical skills amongst actors) is a popular past-time on the Malaysian stage: the Instant Cafe Theatre and Dramalab are two companies known to play out funny (and political) situations impromptu.
Vision Works is the most prolific player in theatresports; their Actorlympics! series comes round every now and again. This time it features Afdlin Shauki, Harith Iskander, Jason Lo, Gavin Yap, Ida Nerina, Nell Ng, Reza Zainal Abidin, and Jit Murad cavorting on stage. Hosted by Patrick Teoh.

Subject to change; check box office for daily line-up.


Care to comment?


Friday, 20-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.::Teater Bangsawan - Jula Juli * 7 ~!::.

Si Jin Afrait yang bertanduk... eheheh Cute ler~!
Putera Mahkota Alam bersama temannya MELETUP~!
Putera-putera Mambang sedang berdansa
View all 6 photos...
Inilah pertama kalinya ku menghayunkan langkahku ke Panggung Bandaraya untuk menyaksikan Teater Bangsawan. 10 tahun yang sudah sewaktu ku di tingkatan 4, daku pernah menyaksikan sebuah pementasan Teater Bangsawan oleh pelajar² ASK. Memang tidak kering gusi ku menonton di samping memperdengarkan lagu² yang indah pada setiap ekstraten.

Pementasan kali ini amat bagus sekali... Walaupun nama Bangsawan itu menginterpretasikan sesuatu yang kuno tapi tidak bagi persembahan teater ini secara keseluruhan. Penataan cahaya yang mantap, Kostum yang menarik & bergemerlapan, Props yang indah serta latar belakang yang menarik mampu menarik perhatian para penonton untuk terus menyoroti dari satu babak ke satu babak.

Malam itu, daku dipersembahan irama² Timur Tengah & irama² 80an pada setiap ekstraten. Daku bergelak tawa tidak keseorangan lagi... kini ditemani oleh seorang insan yang baru bertamu dalam diriku untuk terus memenuhi bait-bait sepiku.


--------~~~~~*******~~~~~--------------~~~~~*******--------

.:Tarikh - 19,20 & 21 Mei 2005
.:Lokasi - Panggung Bandaraya, DBKL
.:Waktu - 8.30mlm - 10.30mlm

:: SiNoPSiS ::

Jula Juli Bintang tujuh merupakan salah satu daripada bentuk cerita-cerita Bangsawan berperhubungan dengan dunia nyata & alam kayangan. Kisah bermua dengan Putera Mahkota Alam dari negara Alam Shah bermimpi bertemu dengan tujuh orang puteri kayangan. Kerana terbawa dengan asyik pesona mimpi menyebabkan baginda terus berhasrat pergi mencari sepertimana gambaran mimpi. Baginda meninggalkan Istana pergi mencari dan bertemu tujuh putri untuk dimiliki. Baginda telah berjanji tidak akan pulang ke Istana Alam Shah sehinggalah berjawa membawa kembali puteri-puteri tersebut ke Istana sebagai isteri. Sewaktu pengembaraan beliau bertemu dengan seorang pemotong kayu, bernama Meletup yang akhirnya menjadi teman baginda bersama-sama di dalam pengembaraan mereka.

Kewujudan puteri-puteri tersebut di alam kayangan bukan sahaja menjadi idaman baginda malah menjadi rebutan di antara 7 orang putera Mambang dan Raja Jin Afrait. Perebutan antara Anak Raja Mambang dan Raja Jin Afrait telah mencetuskan huru-hara di negara kayangan. Untuk mengatasi maslaah tersebut, Raja Kayangan telah menyumpah puteri-puteri baginda menjadi buah delima lalu dicampakan ke dunia. Percaturan Raja Kayangan ialah barang siapa enemui puteri-puterinya terlebih dahulu, maka layaklah untuk diperisterikan.

Sampai di dunia buah delima tersbeut telah dimakain oleh Kembang yang dikatakan mandul oleh suaminya, Kundur. Kembang lantas bunting dan melahirkan tujuh orang bayi. Dalam jangka masa yang singkat bayi berkenaan telah bertukar menjadi puteri-puteri tersebut. Lalu mereka memelihara ketujuh-tujuh puteri berkenaan tanpa mengetahui asal-usul mereka.

Kemudian Putera Mahkota Alam bertemu dengan Puteri-puteri tersebut setelah sekian lama mengembara dan mereka semua telah jatuh cinta kepada baginda. Tetapi malangnya muncul Raja Jin Afrait dan Anak Raja Mambang menimbulkan keadaan huru-hara kerana berebut puteri kayangan Akibatnya Raja Kayang sekali lagi telah turun ke bumi untuk menenangkan keadaan. Sekali lagi juga, Raja Kayangan telah menghukum puteri-puteri berkenaan dengan memenjarakan mereka di Bintang talasma. Raja Kayangantelah memberi penawaran barang siapa di antara mereka berjaya membebaskan Puteri dari penjara maka akan dikahwinkan.

Putera Mahkota Alam merasa amat kecewa kerana beliau tidak mempunyai sebarang kesaktiakn untuk ke Bintang Talasma. Di dalam pengembaraan, baginda telah bertemu dengan seorang Pendita di sebuah Gua yang bersimpati kepada baginda, lalu menghadiahkan Jembia Sakti (Pisau Kecil) untuk membolehkan baginda sampai ke Bintang Talasma. Apakah kesudahkan di Bintang Talasma? Sama-sama kita saksikan, Jula Juli Bintang 7.



Care to comment?


Thursday, 12-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Tartuffe

Orgon
Angkat lagi.. tinggi lagi sikit bulu ayam Unta tuh
Ekstraten... Berhenti Rehat seketika. Teh dihulur pd penonton.
View all 6 photos...
Sebuah pementasan teater yang lebih menjurus kepada kesusasteraan inggeris ala-ala Zaman Rumi & Juli.. Skrip tersusun melafazkan kata yang penuh puitis. Beralun senada buat sisipan halwa telinga. Mungkin ada yang termanggu cuba menafsirkan setiap maksud yang diberikan. Kisahnya bermula dengan Orgon & ibunya yang terlalu menyanjungi si Tartuffe yang Hipokrit dan di penghujung cerita, segalanya terungkai... Si Tartuffe akhirnya jatuh ke bumi. Kegemilangan diri yang dicari akhirnya memakan diri sendiri bila penipuannya terbongkar ibaratkan Sepandai-pandai Tupai Melompat.. akhirnya jatuh ke tanah jua...

sempoi lah layan teater.... Sat 28-May-2005 19:57
Posted by:semutaro  - [Link]
emm ,, harap sentiasa up date ,, untuk peminat teater. maju lah teater . Mon 30-May-2005 03:44
Posted by:sayemahazan sayedmahazan@yahoo.com  - [Link]
memang best service yg u buat...
blh terangkan dgn lebih detail tak psl u punte service..??
Wed 21-Feb-2007 13:53
Posted by:ZURIA anairuz_06@yahoo.com.my
Add comment


Friday, 1-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Setiap Hari Bagaikan Hujung Minggu di Bali...

Indahkan?.. Kejadian Ilahi....
BeReNdaM bagaikan....
Bestnyeee.. Ulo sawo nie.. Buat Tai lehe beshhh gak nie. Heheh..
View all 6 photos...
Tekanan perasaan... Tekanan Minda... Tidak di sini... Di Bali segalanya indah.. Tenang dan bisa menawan kalbuku. Argghh... Rindunya diriku pada Bali yang pernah ku kunjungi dulu. Hanya memori bisa terpahat di dada monitor buat tatapan melepaskan kerinduanku...

Care to comment?


Monday, 3-May-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Memori Iftar bersama Komuniti Shukur.Org

 
 
 
View all 6 photos...


Hi!, very nice your fotopage.I hope your visit in my fotopage. I from brazil!
Tue 8-Jun-2004 17:10
Posted by:Lucas  - [Link]
Iftar pertama selepas SHUKUR.Com down buat selamanya.. Pertama kali juga bertentang mata dengan sidia.. huhuhu... Tue 2-Nov-2004 20:36
Posted by:UstazMalaya
assalamualaikum... nak mintak tolong ler..kat maner nak download image corak kerawang untuk photoshop..puas saya cari...plzz Sat 16-Feb-2008 04:42
Posted by:mrvirusbuster mrvirusbuster@yahoo.com
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.